Pengedar dadah terkenal di Sepanyol dijel, didenda RM28 juta - Utusan Malaysia

Pengedar dadah terkenal di Sepanyol dijel, didenda RM28 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 28 Jan. -Seorang pengedar dadah terkenal dan beberapa ahli keluarganya dihukum penjara empat tahun dan didenda 6 juta euro (RM28.2 juta) serta menutup ejen estet pertuduhan pengubahan wang oleh Mahkamah Sepanyol, semalam.

Empat lagi defendan iaitu bekas isteri, anak perempuan sulung, bekas kakak ipar dan rakan perniagaan turut dikenakan hukuman yang sama.

Mahkamah juga memerintahkan kesemua aset dan pemilikan mereka dirampas termasuk menutup ejen hartanah yang dijalankan.

Menurut penghakiman, perniagaan itu semuanya berkisarkan kepada jenayah pengubahan wang yang dilakukan kesemua tertuduh.

Minanco atau nama sebenarnya Jose Ramon Prado Bugallo adalah antara penyeludup dadah paling dikenali di Sepanyol dan pernah disabitkan dengan jenayah berkenaan sebanyak dua kali serta menghabiskan masa selama 17 tahun di dalam penjara.

Minanco, kini berusia 63 tahun membina empayar di Galicia sejak tahun 1980-an dan perbicaraan yang dijalani itu membabitkan semua pertuduhan sejak dari tahun 1988.

Ketika ditahan di Algericas, selatan Sepanyol pada Februari tahun lalu, Minanco masih berada dalam parol untuk hukuman yang dijalaninya sebelum itu.

Penyiasat berkata, tertuduh cuba bergiat semula dalam perdagangan kokain yang menjadikannya jutawan sebelum ini. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×