Penganggur tetak pekerja kontrak ditahan - Utusan Malaysia

Penganggur tetak pekerja kontrak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 7 Jan. – Seorang lelaki yang tidak bekerja ditahan polis hari ini kerana terlibat menetak seorang pekerja kontrak dalam kejadian pecah rumah di Jalan Rumah Pangsa 4, Kulai dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan di Jalan Lengkongan, Kampung Baru Cina, Kulai pada pukul 5.30 pagi ini.

“Bertindak atas maklumat orang awam, polis menahan suspek dan turut merampas sebuah motosikal jenis Suzuki 125 miliknya dan kunci kenderaan itu serta sebilah parang panjang.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek memecah masuk rumah mangsa yang berusia 51 tahun semasa mangsa tiada di rumah. Apabila mangsa tiba-tiba balik ke rumah, berlaku pergelutan dan suspek mengaku menetak mangsa dengan parang.” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beng Yeow berkata, suspek kini ditahan di lokap Ibu pejabat Polis Daerah Kulai bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×