KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying memulakan misi memburu gelaran kedua musim ini dengan cemerlang apabila mudah melepasi pusingan pertama kejohanan badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.
Beregu yang berada pada ranking keenam dunia itu tidak berdepan sebarang masalah menewaskan gandingan tidak ternama dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue menerusi kemenangan straight set 21-13, 21-14.
Justeru, Peng Soo-Liu Ying yang merupakan pilihan ketiga kejohanan akan membuat perhitungan dengan pasangan China, Lu Kai-Chen Lu pada pusingan kedua esok.
“Saya tahu perlawanan esok mungkin sukar kerana Lu Kai adalah pemain yang sangat berpengalaman. Walaupun sudah bertukar pasangan, namun mereka tetap ada kekuatan sendiri,” kata Peng Soon. – K! ONLINE










