Peng Soon-Liu Ying ke suku akhir Thailand Masters - Utusan Malaysia

Peng Soon-Liu Ying ke suku akhir Thailand Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tidak berdepan masalah untuk melangkah ke saingan suku akhir kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia 300 Thailand Masters, sebentar tadi.

CHAN PENG SOON-GOH LIU YING tidak berdepan masalah untuk melangkah ke aksi suku akhir Siri Jelajah Dunia 300 Thailand Masters, hari ini.

Pasangan bebas yang juga pilihan utama kejohanan hanya memerlukan 32 minit untuk menewaskan Rodion Alimov-Alina Davletova 21-18, 21-10 untuk mengesahkan slot lapan pasangan terbaik.

Keputusan itu menyaksikan mereka akan berdepan cabaran pasangan Indonesia, Alfian Eko Prasetya-Marsheilla Gischa Islami yang menundukkan pilihan ketujuh yang juga wakil negara, Chen Tang Jie-Peck Yin Wei 23-21, 20-22, 21-12.

Antara pemain negara yang turut bersaing hari ini ialah Lee Zii Jia, Cheam June Wei, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Teoh Ee Yi-Ong Yew Sin, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani dan Mohd. Arif Ab. Latif -Nur Mohd. Azryin Ayub.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN