Penerima Bantuan Sara Hidup sambut baik sumbangan kerajaan - Utusan Malaysia

Penerima Bantuan Sara Hidup sambut baik sumbangan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 29 Jan. – Pelbagai lapisan masyarakat terma­suk para petani di daerah Kuala Muda menghargai dan menyam­but baik pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diterima mereka bermula semalam.

Penggali kubur, Mohamad Razdi Samsudin, 64, dari Masjid Kariah Muhibuddin di sini berkata, pemberian itu merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh golongan penerima sepertinya.

“Ia sedikit sebanyak mampu meringankan beban ditanggung oleh penerima bantuan (BSH) khususnya di kampung-kampung,” katanya ketika ditemui hari ini.

MOHAMAD RAZDI
MOHAMAD RAZDI 

Pengusaha kedai kopi, Fauzi Taib, 54, dari Taman Seri Tanjung berkata, dengan wang BSH yang diberikan itu, bolehlah digunakan untuk membeli pelbagai barang

keperluan harian.

“Saya berharap supaya bantuan ini boleh diteruskan pa­da masa depan kerana banyak membantu golongan seperti kami,” katanya.

Petani, Mohd. Rodzi Saedin, 59, dari Kampung Bukit pula berkata, dia bersyukur kerana dengan bantuan tersebut boleh digunakan untuk menampung keperluan perbelanjaan harian keluarganya.

“Apatah lagi di awal tahun, banyak benda yang hendak diuruskan dan memerlukan kewangan yang banyak,” katanya.

Penjual roti canai, Rajis Abu Hassan, 60, dari Kampung Masjid Sungai Pasir berkata, bantuan diberikan dapat me­ringankan beban kehidupan ha­rian golo­ngan berpendapatan rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×