Penduduk resah setiap kali hujan - Utusan Malaysia

Penduduk resah setiap kali hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL 15 Jan. – Setiap kali hujan lebat, Rossazlinnawati Mohammad Ariff, 40, pastinya runsing memikirkan keselamatan keluarga dan harta benda di rumahnya di Kampung Peladang di sini.

Rumahnya dan kira-kira 10 buah rumah penduduk lain terletak berdekatan sungai.

Sekiranya hujan lebat berpanjangan air sungai akan melimpah dan berlaku banjir kilat kilat.

Menurut Rossazlinnawati, sudah kerap benar situasi itu berlaku malah boleh dikatakan setiap tahun kampung itu dilanda banjir kilat.

Katanya, ia menyebabkan rumah yang didiami bersama suami dan empat anak dinaiki air sedalam 0.5 meter serta me-rosakkan perabot, dokumen dan peralatan elektrik.

“Pada Januari tahun lalu rumah kami dinaiki air dan kejadian berlaku dengan begitu pantas. Mujurlah kami selamat walaupun air naik pada paras lutut.

“Saya berasa bimbang apabila hujan lebat dalam tempoh panjang. Setiap kali itu juga kami berasa gelisah adakah akan berlaku banjir kilat,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, disebabkan rumahnya paling dekat dengan sungai, penduduk biasanya akan memastikan keselamatan mereka sekeluarga terlebih dulu sekiranya berlaku banjir.

“Saya akan sentiasa berjaga-jaga dan sedia untuk keluar dan membawa semua keperluan penting dan memindahkan motosikal dan kereta ke kawasan selamat,” katanya.

Menurutnya, enam daripada 10 rumah itu di kawasan itu akan terjejas teruk apabila banjir kilat manakala empat lagi rumah akan dinaiki air di bahagian dapur.

Seorang penduduk, Azmi Abdullah, 42, berkata, masalah banjir kilat di kawasan itu boleh diatasi sekiranya lebih banyak parit besar dibina bagi menga-lirkan limpahan air dari sungai.

Katanya, jika langkah itu tidak dilakukan segera oleh pihak berkuasa masalah banjir kilat akan terus berulang.

“Setiap kali banjir kilat ia menimbulkan kesulitan kepada penduduk.

“Mereka bukan sahaja ke­rugian harta benda, tetapi terpaksa mengharung air untuk menghantar anak ke sekolah atau membeli barang keperluan harian,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN