Pendirian Malaysia perlu disokong masyarakat antarabangsa - Utusan Malaysia

Pendirian Malaysia perlu disokong masyarakat antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, suara lantang Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam isu Palestin perlu mendapat sokongan pelbagai pihak dan negara di seluruh dunia bagi memperjuang nasib rakyat negara itu.

“Saya secara peribadi sedih melihat bagaimana Malaysia dan Mahathir dibiarkan bersendirian berhubung isu baru-baru ini, yang mana, malangnya, turut menyaksikan negara-negara Arab lain turut mendiamkan diri dalam perkara itu.

“Ini tidak sepatutnya berlaku, jadi saya berharap mereka yang percayakan demokrasi, hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa untuk (sekurang-kurangnya) tampil ke hadapan dan menunjukkan solidariti dengan Malaysia dan pemimpinnya.

“Saya harap kita dapat elakkan ‘double standards’ apabila timbul isu Israel dan Palestin.”

Duta itu berkata demikian kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) melucutkan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 susulan keputusan Malaysia untuk tidak membenarkan perenang Israel mengambil bahagian dalam acara tersebut. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×