JOHOR BAHRU 15 Jan. – Bertemu dengan komuniti setempat dan berdialog adalah pendekatan yang dilakukan polis Johor untuk mengetahui masalah mereka sebelum menjalinkan kerjasama.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kaedah itu amat berkesan dalam menangani jenayah selain merapat hubungan antara polis, pemimpin setempat dan masyarakat.
“Kita mendapat maklum balas yang sangat positif apabila diadakan pertemuan contohnya sesi perbincangan town hall dan program Mobile Police Community Engagement (MPCE).
“Kita harap kerjasama seperti ini akan dapati diperluaskan lagi selepas ini,” katanya ketika berucap dalam Program Apresiasi Keselamatan Untuk Kesejahteraan Awam di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din dan Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) negeri, Mohd. Shaman Jaes. – UTUSAN ONLINE










