Pendakwaan diberi tempoh sebulan serah semua dokumen tuduhan pecah amanah Hasanah - Utusan Malaysia

Pendakwaan diberi tempoh sebulan serah semua dokumen tuduhan pecah amanah Hasanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi menetapkan 21 Februari ini untuk pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen lengkap berkaitan kes bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang didakwa tuduhan pecah amanah wang RM50 juta kepada pihak pembelaan.

Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad memaklumnya pihak pendakwaan masih belum menyerahkan semua dokumen berkaitan kes itu kepada peguam Hasanah, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.

“Setakat ini pihak pendakwaan telah menyerahkan tiga lagi dokumen namun masih ada beberapa dokumen lagi yang belum diserahkan,” katanya. 

Antara dokumen itu merangkumi salinan DVD kamera litar tertutup Aras 13 Shuffsburry Residence, Cyberjaya, CCTV Pejabat Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri dan salinan slide presentation diserahkan kepada peguam Hasanah, Khairul Azam Abdul Aziz.

Pada 29 November lalu, pihak pendakwaan telah sebanyak 46 dokumen antaranya dokumen yang surat pelantikan Hasanah sebagai ketua pengarah penyelidikan, senarai sitaan, invois, gambar barang kes, rakaman percakapan serta gambar lokasi di bahagian penyelidikan. 

Dalam pada itu Muhamad Iskandar turut memaklumkan pihaknya semalam telah memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. 

Berikutan itu mahkamah menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes termasuk status  pemindahan kes tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN