PARIS 3 Jan.- Penasihat media dan pengarang teks ucapan utama Presiden, Emmanuel Macron mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya dan meninggalkan pasukan presiden pada penghujung bulan ini. Sylvian Fort, yang merupakan pakar dalam bidang muzik opera membuat keputusan tersebut kerana mahu menumpukan urusan berkaitan keluarga. Fort merupakan antara individu penting yang banyak menyumbang kepada kejayaan karier politik Macron.- AFP










