KOTA BHARU 15 Jan. – Seorang bekas eksekutif sebuah syarikat kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 31 pertuduhan memalsukan dokumen dan pecah amanah berjumlah RM494,544 antara Mei sehingga Oktober 2016. Penaksir pajak gadai, Natasya Mohd. Zahid, 31, didakwa atas 16 pertuduhan memperdaya Ketua Kedai Ar-Rahnu Exchange di sini dengan memalsukan baucar bayaran Ar-Rahnu dengan meletakkan nama individu lain sedangkan barang kemas itu bukan milik…










