TUARAN 8 Jan. – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata penaiktarafan Kiulu, yang terletak kira-kira 60 km dari pusat bandar Kota Kinabalu, kepada daerah kecil sedang dalam pelaksanaan. Beliau berkata perkara itu telah diumumkan sebelum ini dan kini ia dalam proses pelaksanaan untuk menjadi satu lagi daerah kecil baharu di negeri ini. “Kita telah umumkannya dan ia sedang dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka…










