Pemuda UMNO tawar diri bertanding PRK DUN Semenyih - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO tawar diri bertanding PRK DUN Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Jika tiada halangan, Pergerakan Pemuda UMNO menawarkan diri untuk bertanding mewakili parti itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya akan memulakan kumpulan penyelidik bagi mendapatkan maklum balas rakyat berhubung situasi semasa.

“Kita mahukan sentimen rakyat dan bukannya sentimen Pemuda UMNO. Kaji selidik yang sama juga telah dilakukan di PRK Parlimen Cameron Highlands.

“Setiap kali PRK, kita rasa ada calon untuk diketengahkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco Pemuda UMNO kali pertama 2019 di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Ketika ditanya pandangan Pemuda UMNO mengenai bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun berkempen di PRK Parlimen Cameron Highlands, Asyraf Wajdi memberitahu, ia adalah haknya sebagai rakyat.

Katanya,Pemuda UMNO tidak berhak untuk menghalang bekas Perdana Menteri itu untuk turun sama-sama berkempen.

“Najib juga rakyat Malaysia. Penduduk Felda begitu terhutang budi kepadanya. Penduduk Felda Sungai Koyan turut meminta Najib datang menjengok mereka. Tidak berceramah pun tidak apa,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×