KUALA LUMPUR 16 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti bagi menentukan nasib enam ahli Parlimen yang mahu menyertai semula parti itu. Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata,pihaknya mengambil pendirian untuk lebih terbuka dalam isu berkenaan. “Terserah kepada MT. Bagi kita, UMNO adalah parti berprinsip. Pemimpin boleh datang dan pergi,“ katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco Pemuda UMNO kali pertama 2019 di Menara…










