Pemilik buat laporan polis selepas tiga ekor anjing mati diracun - Utusan Malaysia

Pemilik buat laporan polis selepas tiga ekor anjing mati diracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Tiga ekor anjing termasuk seekor anjing milik seorang lelaki berusia 50 tahun di Taman Lavender Heights di sini ditemui mati dipercayai akibat diracun pihak tidak bertanggungjawab baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Se­remban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu yang dibuat lelaki tersebut petang kelmarin.

“Lelaki itu mendakwa pada 1 Januari lalu dia me­nemui seekor anjingnya mati di lorong belakang rumahnya.

“Dia kemudian mene­mui dua lagi anjing mati berdekatan dengan rumahnya antara 1 hingga 4 Januari lalu.

“Dia mengesyaki anjing peliharaannya dan dua ekor anjing lain yang ditemui mati itu diracun oleh individu tertentu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN