KUALA LUMPUR – Pemberian diskaun tol sempena musim perayaan utama bukan penyebab berlakunya kesesakan dan kemalangan di lebuh raya. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, sikap pemandu yang cuai dan tidak berhemah terus menjadi penyumbang statistik saban tahun. “Pemberian diskaun adalah cara syarikat konsesi menghargai pelanggan lebuh raya mereka dan bukan penyebab kesesakan di musim perayaan. “Paling utama, setiap syarikat konsesi mengeluarkan jadual cadangan perjalanan sebagai rujukan pengguna untuk mereka…










