KUALA PILAH – Seorang pemberi pinjaman wang tidak berlesen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas pertuduhan gagal mematuhi Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) 1951. Tertuduh, Lee Ming Chai, 51, didakwa melakukan kesalahan tersebut antara Januari 2004 hingga Mac 2004 melibatkan 10 transaksi bernilai RM990,500. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua 10 pertuduhan itu dibacakan keatasnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin. Menurut fakta kes,…










