Pembentangan mengenai kedudukan ekonomi, kewangan negara pada 26 Februari depan - Mustapa - Utusan Malaysia

Pembentangan mengenai kedudukan ekonomi, kewangan negara pada 26 Februari depan – Mustapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet akan mengadakan mesyuarat kedua pada 26 Februari depan mengenai kedudukan terkini ekonomi dan kewangan negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara itu akan dibentangkan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada mesyuarat tersebut.

Menurut Mustapa, Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet yang bermesyuarat buat pertama kali hari ini telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat secara berkala pada setiap bulan.

“Mesyuarat seterusnya dijadualkan pada 26 Februari depan dengan pembentangan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengenai kedudukan terkini ekonomi dan kewangan negara,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×