Pembelian kereta baharu kerajaan negeri ikut proses biasa - Utusan Malaysia

Pembelian kereta baharu kerajaan negeri ikut proses biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Menteri Besar, Aminuddin Harun hari ini menjelaskan bahawa pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa ahli pentadbiran negeri tidak menjadi isu kerana ia telah diluluskan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau berkata, pembelian kereta baharu jenis Honda Accord untuk kegunaan rasmi Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Speaker dan Timbalan Speaker, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Mufti Kerajaan Negeri dan 10 ahli Exco itu yang keseluruhannya membabitkan kos lebih RM2 juta, adalah proses biasa dan tiada isu.

Katanya, pembeliannya adalah mengikut proses biasa itu kereta lama yang telah berusia lima tahun boleh digantikan dengan kereta baharu.

“Proses pembelian kereta baharu ini berlaku ketika kita mula mengambi alih kerajaan negeri, bukan kita luluskan pun, kerajaan negeri (mesyuarat Exco kerajaan negeri lepas) yang luluskan pembelian kereta baharu ini.

“Apabila saya mengambil alih jawatan Menteri Besar selepas kerajaan Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018, saya dimaklumkan kerajaan negeri teruskan rancangan pembelian kereta baharu setelah ia diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum itu jadi, saya tidak tahu tentang pembelian kereta baharu ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan pentadbiran kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN