KULAI 30 Jan. – Seorang pemandu lori didenda RM4,200 oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membawa 14 ekor lembu menggunakan lori tanpa perakuan sah daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor pada November tahun lalu. Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal turut memerintahkan tertuduh, Faizal Jumari, 32, menjalani hukuman empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membawa 14 ekor lembu menggunakan lori…









