PUTRAJAYA – Pemandu kenderaan e-hailing atau Grab dilarang menunggu atau mencari penumpang ketika menjalankan perkhidmatan di mana-mana tempat termasuklah di lapangan terbang, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). JPJ dalam satu kenyatan hari ini berkata, perkara itu termaktub di bawah syarat-syarat lesen pengendalian e-hailing yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Katanya, pemandu e-hailing dikehendaki mematuhi salah satu daripada syarat perkhidmatan e-hailing iaitu pemandu hendaklah mengambil penumpang yang dilanggan…










