LONDON 24 Jan. – Pasukan pencarian dan menyelamat (SAR) yakin Emiliano Sala yang dilaporkan hilang selepas pesawat ringan yang dinaikinya hilang daripada radar ketika merentasi Selat Inggeris masih hidup.
Portal The Guardian melaporkan, Ketua Operasi, Kapten David Barker berkata, pemain baharu yang menyertai kelab Cardiff City dan juru terbang pesawat ringan jenis Piper FA-46 Malibu itu berkemungkinan masih hidup sekiranya mereka membuat rakit penyelamat. – AGENSI










