Pelancaran Jersi dan Pemain Liga Super Pahang Ahad ini - Utusan Malaysia

Pelancaran Jersi dan Pemain Liga Super Pahang Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Daerah Temerloh sekali lagi menjadi lokasi untuk majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Liga Super Pahang 2019.

Majlis berkenaan akan diadakan pada Ahad ini di Dewan Tun Razak, Temerloh pada pukul 2.30 petang.

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, Temerloh berada di tengah-tengah dan memudahkan penyokong dari daerah lain untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

“Jika kita buat di Kuantan, penyokong yang berada di kawasan Pahang Barat terpaksa datang jauh jadi Temerloh merupakan lokasi yang paling strategik.

“Kita harap ramai penyokong yang akan datang untuk meraikan pemain-pemain yang akan beraksi bersama skuad Liga Super musim ini,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Menurutnya, orang ramai juga berpeluang berjumpa dengan pemain-pemain import baharu skuad Tok Gajah.

“Penyokong juga dapat melihat jersi baharu kita yang ditaja oleh Al-Ikhsan Sport menggunakan jenama pakaian sukan, Umbro bagi menggantikan Fila sebelum ini,” ujarnya.

Status dua penyerang import baharu, Dickson Nwakaeme dan Ze Love juga akan diketahui pada Ahad ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×