Pelakon Mior Ahmat Zaudi meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pelakon Mior Ahmat Zaudi meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Pelakon Mior Ahmat Zaudi meninggal dunia hari ini di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mior Ahmat Zaidi
Mior Ahmat Zaidi 

Menurut laporan MHE TV, allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6 pagi tadi selepas beberapa hari mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat sakit jantung. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras Perdana hari ini.

Allahyarham antara pelakon drama yang popular sekitar tahun 90-an. Selain aktif berlakon teater, Mior juga pernah membintangi filem Momok pada tahun 2009. 

Layari www.mhetv.my untuk perkembangan dunia hiburan terkini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN