PASIR MAS – Beberapa orang pekerja sebuah stesen minyak di Jalan Masjid Lama di sini dikejutkan dengan ancaman bom oleh seorang lelaki sebentar tadi. Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, seorang lelaki berusia 29 tahun yang datang untuk mengisi minyak di sini telah memaklumkan dia terdengar bunyi seakan-akan bom di bawah tempat duduk keretanya. Terkejut dengan kenyataan itu pekerja stesen minyak menghubungi pihak polis. Sementara itu, Ketua Polis Daerah…










