PARIT 2 Jan. – Seorang pekerja ladang kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan termasuk mengganggu penjawat awam menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh serta memaki hamun mereka kelmarin. K. Panner Selwam, 35, membuat pengakuan tersebut setelah kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Fitri Sadarudin. Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada dua anak itu didakwa dengan sengaja menghalang Koperal Khairul…










