Pekerja ladang didakwa maki hamun polis - Utusan Malaysia

Pekerja ladang didakwa maki hamun polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT – Seorang pekerja ladang kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tiga pertuduhan termasuk mengaibkan dan memaki hamun polis, Isnin lalu.

Tertuduh K. Panner Selwam, 36, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacaka oleh jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa sengaja menghalang Koperal Khairul Hafizze Madan daripada menjalankan tugas dengan membuat provokasi iaitu meninggikan suara dan enggan memberikan kerjasama ketika diminta mengalihkan kenderaan.

Bapa kepada dua anak itu juga didakwa melakukan provokasi apabila menghalang Lans Koperal Mohd Zaharil Mustafa daripada melakukan tugasnya dengan menyimbah air kepadanya.

Dia didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di Pejabat Kaunter Pertanyaan, Balai Polis Parit di sini, kira-kira pukul 12.10 pagi, 31 Disember lalu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN