Pekerja kontrak dihempap pagar batu - Utusan Malaysia

Pekerja kontrak dihempap pagar batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Seorang pekerja kontrak cedera selepas dihempap pagar batu yang roboh dalam kejadian di sebuah taska di USJ 11/4M, Subang Jaya dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun itu sedang melakukan kerja pembaikan longkang di taska terbabit.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.38 pagi dan sebanyak enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kita mendapati separuh badan mangsa dihempap batu. Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan bantuan mesin pengorek atau ‘backhoe’ untuk mengangkat kepingan pagar batu.

“Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN