PORT DICKSON – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 21.7 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) arah Port Dickson dekat sini pagi ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa, I.Simon, 38, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda maut di lokasi kejadian. “Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi. Mangsa yang beralamat di Bandar sunggala Port Dickson dipercayai hilang kawalan dan terbabas semasa menunggang motosikal itu. “Kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Aidi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya