MELAKA 23 Jan. – Seorang pekerja kedai perkakasan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang guru lelaki yang memarahi anaknya, pada tahun lalu. Kamarul Ariffin Suboh, 44, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang mempunyai lima orang anak didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap Muhammad Fakharuddin Azahar, 27, iaitu guru Pendidikan…










