Pekebun mahu tempoh TOL dilanjutkan - Utusan Malaysia

Pekebun mahu tempoh TOL dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 21 Jan. – Pembaharuan lesen pendudukan sementara (TOL) setiap setahun untuk tanah pertanian di sini disifatkan sebagai tidak lagi relevan dan menjejaskan usaha pekebun untuk meningkatkan pelaburan dalam aktiviti pertanian mereka.

Setiausaha Pertubuhan Pekebun Sayur- sayuran Cameron Highlands, Chay Ee Mong berkata, rata-rata pekebun di sini mahu TOL dilanjutkan sehingga 30 tahun bagi membolehkan mereka membuat perancangan jangka masa panjang untuk memajukan kebun masing-masing selain boleh dijadikan cagaran untuk pinjaman bank.

Katanya, pembaharuan lesen TOL setiap setahun sekali yang juga sering berdepan masalah kelewatan itu menyebabkan pekebun tidak berani untuk membuat pelaburan kerana bimbang kebun mereka akan diambil semula oleh kerajaan negeri.

“Di sini terdapat kira-kira 2,200 pekebun dan masalah yang sering kami hadapi adalah membabitkan permohonan untuk memperbaharui TOL di mana ia mengambil masa yang lama sehingga ada yang tertangguh beberapa tahun.

“Keadaan ini menyebabkan sukar untuk kami menguruskan aktiviti pertanian seperti pemohon pekerja asing dan membuat pinjaman kerana perlu melampirkan salinan TOL baharu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN