Pekebun di Cameron Highlands terjejas akibat SST - Utusan Malaysia

Pekebun di Cameron Highlands terjejas akibat SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 23 Jan. – Kira-kira 2,200 pekebun sayur dan bunga di sini terjejas kerana terpaksa menanggung kos berlebihan akibat perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), sejak 1 September lalu.

Calon Bebas Parlimen Cameron Highlands, Wong Seng Yee mendakwa, keadaan itu disebabkan kos pembungkusan produk seperti kotak tidak boleh dibuat tuntutan berbanding di bawah sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Katanya, keadaan tersebut membebankan golongan pekebun yang juga terpaksa berhadapan dengan penurunan harga sayur-sayuran sejak lapan bulan lalu.

“Semasa GST, mana-mana pekebun yang ada mendaftar perniagaan mereka boleh membuat tuntutan untuk alat pembungkusan produk namun setelah SST diperkenalkan, mereka tidak boleh lagi membuat tuntutan semula.

“Keadaan ini sememangnya membebankan pekebun di sini kerana mereka terpaksa menanggung kos tambahan lain,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×