Melihat sosok tubuh dan raut wajah wanita ini, pasti kita dapat meneka kerjaya yang diceburinya. Ditambah pula dengan penampilan yang anggun dengan pemakaian formal, kelibat Nur Hayati Omar yang menggayakan blazer ringkas pasti mencuri perhatian sekeliling. Lebih mesra disapa Cik Nur, beliau mengakui tugas yang digalasnya sentiasa berhadapan dengan pelbagai situasi yang mencabar dalam menyelesaikan setiap kes anak guamnya. Figura yang berasal dari Johor ini meletakkan minat yang tinggi dalam…










