KANGAR 3 Jan. – Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengingatkan semua pihak supaya tidak tergesa-gesa membuat andaian dalam soal pemecatan seramai 25 orang imam kariah di sekitar negeri ini, kelmarin. Katanya, hal demikian penting supaya mereka tidak terjerumus dalam kancah fitnah sesama Islam. Beliau menegaskan bahawa urusan pelantikan imam dan penyambungan elaun mereka adalah terletak di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs). Ujarnya, JAIPs…










