KUALA LUMPUR 30 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dua pegawai kanannya berkuat kuasa pada 4 Mac depan. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, Juruiring Polis kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Datuk Che Yussof Che Ngah akan ditukarkan ke Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebagai Senior Asisten Komisioner (SAC) Pentadbiran. “Selain itu, Juruiring Polis kepada Timbalan Yang Dipertuan Agong, Senior Asisten Komisioner Azizi Mat Aris pula akan menggalas jawatan baharu sebagai Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Bahagian Integriti, Jabatan Integriti dan Pematuhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya