KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang melantik satu badan bebas bagi mengkaji dan meningkatkan tahap persepsi rasa selamat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, cadangan tersebut dilakukan selepas pihaknya mendapati persepsi rasa selamat masyarakat masih belum mencapai tahap yang memuaskan walaupun kadar indeks jenayah di seluruh negara menurun setiap tahun. “Saya telah mengarahkan pihak penyelidikan dan pembangunan PDRM serta…










