Patuhi amaran bendera merah di pantai - Utusan Malaysia

Patuhi amaran bendera merah di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, mengingatkan orang ramai supaya mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran pantai di negeri ini berikutan keadaan ombak besar dan laut bergelora yang berlaku sekarang. 

Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, para pengunjung hendaklah terus mematuhi arahan bendera merah itu yang melarang orang ramai bermandi-manda  berikutan jangkaan berlakunya fenomena Ribut Siklon Tropika. 

“JBPM telah membuat tinjauan sepanjang pantai di sekitar Pengkalan Kubor, Bachok, Pasir Puteh dan Sabak bagi memberi nasihat  kepada orang ramai dan juga nelayan agar terus berwaspada,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di persisiran Pantai Sabak di sini hari ini. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula hari ini sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN