Pasangan beregu bebas negara juarai Thailand Masters - Utusan Malaysia

Pasangan beregu bebas negara juarai Thailand Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Dua beregu bebas, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying membuktikan mereka masih pasangan terbaik di negara ini apabila masing-masing berjaya menjuarai Thailand Masters yang berlangsung di Bangkok, hari ini.

Peng Soon-Liu Ying menepati ramalan selepas turun selaku pilihan utama berjaya menewaskan wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dengan keputusan 21-16, 21-15 manakala V Shem-Wee Kiong mengetepikan cabaran wakil dari Taiwan, Lu Ching-yao-Yang Po-han 21-13, 21-17 dalam aksi final.

Kedua-dua pasangan tersebut sudah tidak lagi bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan mereka kini berada di landasan terbaik untuk mengumpul mata bagi mencari tiket ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN