KOTA BHARU 3 Jan. – Kerajaan Pas Kelantan kesal pihak berwajib khususnya Peguam Negara yang membiarkan khabar angin dan tohmahan ke atas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V tersebar tanpa sebarang tindakan. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, menjadi tugas Peguam Negara untuk menyiasat dan bertindak kerana baginda adalah satu institusi yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan wajib dipertahankan kehormatannya. “Perkara ini sudah lama berlaku, mula-mula ada…










