Parti politik tidak seharusnya memiliki syarikat media - Utusan Malaysia

Parti politik tidak seharusnya memiliki syarikat media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 5 Jan. – Parti politik atau ahli politik tidak seharusnya memiliki syarikat media bagi memastikan laporan yang dihasilkan telus serta lebih profesional.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, reformasi insititusi bukan sahaja tertakluk kepada kerajaan semata-mata namun perlu merangkumi semua aspek seperti bidang pendidikan, perniagaan termasuk media.

“Syarikat media tidak harus dimiliki oleh parti politik atau ahli politik kerana dengan ini baru kita boleh pastikan syarikat media ini bebas.

“Dengan cara ini, pemberita juga boleh mempunyai pendirian memihak kepada mana-mana parti politik kerana ini hak mereka dan di samping itu laporan kena tepat serta profesional, jadi baru kita akan dihormati,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pameran kewangan Marketplace di sini hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kerajaan bersedia untuk dikritik tetapi perlu bersandarkan kepada fakta, bukannya fitnah.

“Kita tidak halang kritikan, kita sedia dikritik, kita bukan manusia sempurna tapi kritikan perlu berdasarkan fakta bukan fitnah,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada parti politik yang memiliki saham di dalam syarikat media perlu melepaskan pegangan saham mereka, Guan Eng berkata, parti politik berkenaan perlu tahu apa yang perlu dibuat oleh mereka di dalam hal itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN