BERLIN 3 Jan.- Parti Demokrasi Nasional Jerman melancarkan rondaan dan pengawasan di bandar Bavarian susulan insiden serangan orang awam dipercayai dilakukan empat pencari suaka dari Afghanistan dan Iran. Memetik laporan AFP, Datuk Bandar Amberg, Michael Cerny berkata beliau terkejut selepas parti pelampau itu memuat naik gambar di Internet yang menunjukkan empat orang menyarung ves keselamatan berwarna merah dan melakukan pengawasan termasuk di luar pusat pelarian. “Saya faham akan kekhuatiran penduduk…









