Pangsapuri Laguna Biru Fasa 2 dijangka siap Mac - Utusan Malaysia

Pangsapuri Laguna Biru Fasa 2 dijangka siap Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui anak syarikatnya, SPNB Aspirasi Sdn. Bhd., menyasarkan projek pembinaan Pangsapuri Laguna Biru Fasa 2 di Tasik Biru Kundang, Kuang siap sepenuhnya pada bulan Mac depan.

HISHAM AHMAD
HISHAM

Ketua Pengarah Eksekutif SPNB Aspirasi Sdn. Bhd., Hisham Ahmad berkata, projek perumahan yang tertangguh itu berpunca daripada masalah teknikal seperti kerja-kerja pemasangan kabel elektrik serta penurapan jalan.

“Secara fizikalnya, keseluruhan pembinaan melibatkan bangunan sudah siap dan hanya tiga peratus lagi masih berjalan melibatkan kerja-kerja teknikal.

“Selepas siap, pihak kami akan mendapatkan kelulusan daripada syarikat-syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom sebelum mendapatkan sijil layak menduduki (SLM) yang dijangka mengambil masa dua bulan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, atas sebab-sebab itu unit perumahan yang sepatutnya diserahkan pada November 2018 terpaksa ditangguhkan sehingga ke hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN