LONDON – Dianggarkan sehingga 1,000 gadis dan wanita di Britain dipaksa menekap batu panas pada payudara mereka dipercayai bagi menghalang buah dada menjadi besar, dakwa anggota gereja dan kakitangan kesihatan. Adat berasal dari Afrika itu dikatakan masih diamalkan khususnya oleh keluarga yang berasal dari benua tersebut. Amalan itu berikutan kepercayaan sebahagian masyarakat Afrika bahawa payudara besar akan menarik perhatian tidak diingini daripada orang lelaki. Pekerja komuniti di London, Yorkshire, Essex…










