PEKAN 29 Jan. – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah, negeri ini tetap dekat di hatinya walaupun baginda akan bersemayam di Istana Negara sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 berkuat kuasa Khamis ini. Sultan Pahang Keenam itu bertitah, dalam menjalankan tugas sebagai ketua negara kelak, baginda akan kembali ke negeri ini apabila berkesempatan. “Walaupun selepas ini saya akan berada jauh dari mata, namun negeri Pahang akan tetap dekat di hati saya. “Insya-Allah, saya akan kembali jika berkesempatan bagi membolehkan ikatan keakraban dan kasih saya kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya