TATKALA melihat penataan hiasan dalaman sesuatu ruang kediaman, acapkali mata kita ‘tertipu’ menyaksikan jambangan bunga orkid tiruan yang digunakan untuk menambah seri ruang tamu. Ini kerana bunga itu kelihatan seakan-akan bunga orkid hidup. Perkara itu bukanlah luar biasa kerana kebanyakan rumah menerima sentuhan bunga orkid tiruan yang banyak dijual di pasaran. Memandangkan kos untuk mendapatkan orkid segar adalah mahal dan tidak mampu bertahan lama mendorong peminat orkid memilih bunga tiruan. Namun, tidak semua orkid tiruan tampak asli dan berhati-hatilah ketika memilih. Dalam kalangan penggemar bunga tiruan, nama Abylla Home Decor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya