GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan Medical Evacuation (Medevac) membawa keluar seorang budak lelaki Orang Asli dari Kampung Pahong, Pos Bihai yang mengalami demam panas kritikal untuk menerima rawatan di Hospital Gua Musang, di sini semalam. Mangsa, Asaska Isma, 13, yang turut mengalami demam panas, cirit birit dan kerap muntah sejak empat hari lalu. Pegawai Perhubungan Awam Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor, Penolong…










