GUA MUSANG 28 Jan. – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa keluar seorang remaja lelaki Orang Asli dari Kampung Pahong, Pos Bihai yang mengalami demam panas kritikal untuk menerima rawatan di Hospital Gua Musang di sini, hari ini. Mangsa, Asaska Isma, 13, yang turut mengalami cirit birit dan kerap muntah sejak empat hari lalu. Pegawai Perhubungan Awam Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor,…










