Ops Didik pupuk kesedaran keselamatan jalan raya - Utusan Malaysia

Ops Didik pupuk kesedaran keselamatan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 28 Jan. – Polis mengeluarkan 18 saman terhadap pelajar dari tiga buah sekolah di daerah Manjung dalam Ops Didik yang dijalankan di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, operasi pada 25 dan 28 Januari lalu yang bermula pada pukul 6.45 pagi hingga 10 pagi itu dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Manjung, SMK (C) Nan Hwa dan SMK Batu 10 Lekir.

Menurutnya, antara kesalahan yang dilakukan oleh pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah ialah tiada lesen motosikal, tidak memakai topi keledar dan tiada cermin sisi pada motosikal.

Katanya, Ops Didik yang dijalankan di sekolah dalam Daerah Manjung bertujuan mendidik pelajar yang tidak mengendahkan peraturan di jalan raya.

“Dalam operasi pada kali ini, seramai dua pegawai dan enam anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung serta tiga anggota JPJ terlibat.

“Bagi kesalahan tiada lesen, lima saman dikeluarkan, tidak memakai topi keledar 12 saman dan tiada cermin sisi motosikal satu saman,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, polis turut mengadakan program keselamatan di jalan raya yang bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar sekolah dan keselamatan pelajar semasa pergi dan pulang dari sekolah.

“Selain itu, kita juga memberi kesedaran mengenai pentingnya memakai topi keledar demi keselamatan diri dan beberapa undang-undang lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN