Nwakaeme idam juara treble - Utusan Malaysia

Nwakaeme idam juara treble

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYERANG import kelahiran Nigeria, Dickson Nwakaeme mengidamkan juara treble bersama skuad Tok Gajah musim ini.

Nwakaeme yang pernah beraksi bersama Pahang pada 2014 dan 2015 mahu tampil lebih hebat setelah kembali menyarung jersi skuad kendalian Dollah Salleh itu.

Pemain berusia 32 tahun itu berkata, memori indah bersama Pahang pada 2014 masih segar dalam ingatannya setelah menjulang Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

“Detik paling manis yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila adalah membantu Pahang menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjulang Piala Malaysia pada 2014.

“Saya ke sini untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Tok Gajah kerana ini kampung saya dan saya perlu buktikan kepada semua penyokong,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Nwakaeme memberitahu, tidak mustahil untuk pasukannya mendakap tiga piala utama pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini sekiranya semua pemain mampu beraksi dengan baik.

“Saya dan Ze Love akan mengepalai jentera serangan dan mengharapkan bantuan daripada rakan-rakan sepasukan untuk manfaatkan peluang di depan gol lawan,” ujarnya.

Menurutnya, skuad Tok Gajah kali ini dijangka lebih mantap berbanding 2014 dan 2015 malah dia yakin dengan kemampuan Dollah untuk mengendali semua pemain dengan baik.

“Saya juga perlu elak daripada kecederaan serius agar tragedi lalu tidak berulang apabila terpaksa berehat panjang musim lalu,” jelasnya.

Selain Nwakaeme dan Ze Love, Tok Gajah turut diperkuatkan dengan dua lagi pemain import baharu iaitu Saddil Ramdani dari Indonesia dan Herold Goulun (Perancis).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×