JAKARTA 16 Jan. – Seorang nelayan dari Majene, Sulawesi Barat yang dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata dipercayai pimpinan Abu Sayyaf, telah dibebaskan. Lapor Detik News, pembebasan nelayan berkenaan, Samsul Saguni mencetuskan polemik, sama ada dia dibebaskan kerana wang tebusan sudah dibayar atau tidak. “Samsul berada di Pangkalan Tentera Westmincom di Jolo, Selatan Filipina untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan menunggu diterbangkan ke Zamboanga City. Samsul dibebaskan semalam dan diterima oleh pihak…










